Thursday, May 19, 2011

Mereka Tidak Gila. Tapi Otak Gila-Gila


Orang gila-gila tak bererti dia gila.

Aku ketegori orang otak-otak. tidak gila mahupun gila-gila.

eh. yeke?

Hm.

Aku just nak bagitahu, aku rendukan mereka ini yang gila-gila ini tetapi tidak gila ini.


Pastinya mereka sedang sibuk bekerja. Oh. Result belum kuar lagik, korang dah kerja. Memang market lah produk Course kita kan. Haha.
Apesal aku gembira sedangkan aku belum bekerja? Oh. ye. aku ada misi tersendiri mengapa aku tidak bekerja lagik. Ape korang tahu,. ceh.

Kaber baek punya.

Ini insan istimewa yang aku cakap kat atas.


Pelajar Bachelor of Accountancy,UiTM Shah Alam.Sudah tamat pelajaran.Kacak2 semuanya


Aku ada budak kelas yang separa spastik tapi naturally tidak spastik. Eh.

Aku ada lecturer yang di tengah2 alam student die berposing die boleh buat tanda " Good". Maintain cun walaupun tahun ini pencen.


Akhir kata, korang ade ke camni?

Sunday, April 17, 2011

Study ibarat makan AYAM SEEKOR!

OK.

Tajuk entri agak mengiurkan. Nafsu dikhuatiri tidak berdisplin.
ayam! oh ayam! sedappnyaaaaaa! Bestnyeeeeee!

Begitu juga studyyy. mahsyukknyeeee! Bestnyeeee! *mate ke atas, tgn ke bahu*

Siapa suka study? Haa? Jujur jujur plish.
Frankly speaking, . aku... -.-" lalalala. takot nak jawab. kalau abah bace, mesti ceramah satu hari.

TAPIIIIII. ada laaaa certain subjek yang aku suka study hEEE heeeeeEE (^^,)
apa kau fikir haa?!!

eh kejap cakap aku. kt bawah entri cakap saya.
maaf.biasanya ikot kondusi diri, suasana dan tajuk penceritaan. Kalau smbil taip dgr lagu ala2 goyang2 kepala, otomatik guna aku. mmg dah cam saling melengkapi gitu.

Ok. berbalik kepada tajuk.
Oh. saya merupakan seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan AKHIR. ye AKHIR, bermula pada 28April-9Mei.

So, anda sudah faham mengapa sekitar tarikh itu saya kelihatan seperti paranormal.
serammm. *angin sepoi2 terbangkan rambut* itulah perkataan yang menggambarkan jiwa ini.

Biasalah, seperti biasa, aku akan membuat persiapan hati sanubari utk menghadapi peperiksaan.

Apaa perlu buat untuk pastikan kita akan berdisplin menjelang peperiksaan?


jawapannya adalah dengan adanya JADUALLL!! *nada salesman*


Tadaaaaa..



Anda hanya memerlukan :

(a) Sehelai salinan jadual dan potostet secukup rasa
(b) Alat tulis
(c) Jiwa ragaaaaa





Kalender hand-made cinonet ini menjadi panduan dan rujukan bagi penghasilan sebuah Jadual





Klik ye. jgn segan silu...



Semua topik bagi SEMUA SUBJEK utk Exam. MUNTAH DARAH sekarang!



OH NO. Yaa, nada kecil anda pasti kata saya seorang berdisplin. Auch. MALULAHHHH!!

Since korang dah tahu aku seakan-seakan seperti seorang berdisplin,auchhhhh. *blushing* .. if nampak ade kaler bulat hijau dekat fb chatting tu,jangan segan silu untuk maki aku suruh study. yaaaa,kadang2 aku pura2 lupa kehadiran jadual itu.. -.-" tehee.


Aku sedar, peperiksaan makin menghampiri... Jadual belajar juga sudah ada. If aku BERDISPLIN, MACAMANA AKU NGADAP LAPTOP n BOLEH HAPDET BLOG NI?
Setahu aku, rasenya macam takde slot "Hapdet belog" dalam jadual....

Erk.

Makanyaaaa, aku harus stadi kini! Ayuh Bhaaa!

CHAWWWWW!







p/s:

HUREY. aku boleh Berjimba jamban berjoli bergembira dan berhari raya lepas exam ni. CEMBURULAHHH! AKU DAH HABIS BELAJAR LEPAS NI! OH. APESAL HIDUNG AKU KEMBANG SAMBIL TAIP NI.



But.. Im gonna miss the moment =')



Friday, April 15, 2011

Hadiah Istimewa Untuk Saya Pada Hari Terakhir Kelas. Terharu.


Wah. Pejam > , < , Celik (O,o) ,, pejam lagi, celik lagik. cak cak baaa!

Hee. Hai semua!

Sudah lama saya tidak kembali ke arena kelas mengarang bahasa rojak di blog ini. Walhal, ini menyebabkan saya bizi. Oh. ayat sebenar adalah ini disebabkan saya sibuk amat dan sangat.
Ini kerana pada hari - hari, saya kelihatan sibuk dan pura-pura sibuk. Oleh itu, saya tiada masa untuk menghapdet blog usang dan gondol ini.

Memaafkan saya ok. Saya salahkan.

Cerita pendek saya hari ini adalah, saya ingin pemberitahuan anda semua yee, anda dan anda. ye. yg tgh mengangguk2 geleng itu, siapa lagi...

bahawasanya saya adalah pelajar semester akhir dan umur saya 12 tahun. Hari ini adalah hari terakhir saya sebagai pelajar yang berdedikasi pergi kelas seawal ayam baru nak breakfast, 7.30pagi. Beriadah bersama rakan di dalam lif sambil menderma peluh. Jika kelewatan, free-free bakar lemak naik tangga sampai tingkat 10.
dan tertunggang tonggeng di menara itu sampai kelas jam 6.00ptg. lalu pulang dengan hati yang riang, sambil melambai2 pakgad ketika lalu di pondok pengawal.




Jamahan hari last di cafe. Oh. Banjir air mata.*sebab tu nampak mcm sepet*



Saya sememangnya begitu riang menghadapi hari-hari sepanjang last sem ini.
Maka, dengan ini, saya akan pasti merindui keriangan itu.

Dan dengan bonding yang kuat saya dengan pakgad terchenta, pakgad telah berikan hadiah perpisahan kami.

Oh. Terharu!

Itulah kata-kata yang saya boleh lemparkan utk meluahkan isi hati ini.




Takpernah2 dapat hadiah sem ni parking kat tempat sama. Thanks pakgad shayang!





Kesalahan? Tak pakai sticker baru? HAHAHA.



Baru rempit kalau pakai sticker lama.


Oh. what more can i say? Thanks a lot! Haha.


Hureeyy! lepas ni boleh lah boleh~ e' ahh~ hapdet belog hari2.

BYE BYE



YangBenar,
Insan tak sedar diri kena hadapi final exam.







Friday, March 11, 2011

DARAH sana sini. ARGH.

Splashhh Splashh * sound efek darah terbang sane sini*

ARGHH.

Emosi nyaa! Minggu ini ada event dekat area fakulti, banyak booth2 kesihatan which I hate! kenape benci? sebab TAKOT.

ei. tak malu. ngaku diri penakut. tak malu kan?

wuu. Aku mmg penakot alergik dgn bende2 yg sekaum dengan hospital termasuklah hobat2, bau hospital, dokter, nurse, penimbang, kaunter pertanyaan hospital dann dann dann dannDARAHHHHH! Oh nO! tu paling paling k der. take note that.

Aku pn tak paham. apesal aku takot darah. darah sendiri,tak takot. tapi tgk darah org lain even setitik pon, lagi takot mengalahkan kalau nampak hantu buat peace kat kita. wuu takot. debar debar.

ye, aku tau. korang lepas ni kalau nak suruh aku senyap dari mem-bebebebebel boleh takotkan aku dengan pura2 letak ink merah dekat badan korg. pastu korang cakap," ehh, darah". nanti aku akan terus lemah dan otomatik aku diam. korang MENANG. -,-"


Cuba tengok ni. HAAAA TAKOT tak TAKOT tak. ok. aku tutup mata sekarang.







Haha. takde mende pon. darah dalam plastik ni je. sebab aku sendiri takot nak upload gmbr darah betul. tehee.

Kau cuba bayangkan, bila kita derma darah, mesti ada JARUM kan. eh. tercapslock pulak. JARUM tu, TAJAM. argh. Jarum peniti selendang Ana Tajimi pun tak setebal JARUM cucuk weh.
part yg paling ngeri tu, aku tgk kawan aku, bila lepas derma darah, mesti jadi camni. wuu.

kali ni sila betul2 tutup mata kalau nak selamatkan makanan dari terkeluar semula dari perut.



-gambar sumber ikhlas dari Google.


Wuu. Ngeri kan.

T.T tapi tulah. orang kata, kita kena derma gak. sebab ramai orang yang memerlukan darah. So, for those yang tak takot DARAH or JARUM BESAU2, gi gi gi derma darah sana. Hee. Mane tau kan kan, orang yang kita sayang yg perlukan darah kita. So, Jum Jum Jum derma darah. (aku ajak, korang yang kena)






Eii, malam ni nak tidur cepat2lah . takot mimpi darah datang merangkak2. Takottnye. Wuu



OKLAH. BYE



Eh cop. Korang cuba tengok gambar ni. Apa korang rase?


GELIIIIIIIIIIII WEH. Aku rase macam nak HANCURKAN je bende ni. Grrrrr. I HATE THIS KIND OF TEXTURE!
Kawan-kawan aku selalu buli buli manje. dorg buat surprise cakap ada gambar cantik dorg luks untuk aku, eksaited lebih, then tgk2, dorg lukis gambar BOLAT BOLAT kecik Banyak2.
Bersusun dengan saiz yang sama. dan banyak dan geli dan dan argh.
terus nanges bawah bantal.
(T,T)

Gelakkan la kuat2. Gusi bersepah baru tau.

Sape rasa apa yg aku rase, jum sep sep tom tom same2. kite bakor aje.


OK . kali ni betul2 BYE BYE.




Muka gay yang bahjet tak takot ape2. Luar nampak kental, dalam mcm jelly.

Tuesday, March 8, 2011

Blogging. Belogging. Blokging. Belokging.

Ok. mcm ikan kerapu sudah.

HAI! HAIII HAIIIIIII (jerit KUAT KUAT eksaited lebih)

Aku kembaliiiiiiiiiiiiiiiiiiii. wooot woott..

Hee. Tapi, for the time being, aku nak kumpulkan semua gambar2 nak upload n share dgn korg. tehee. A LOT n A LOT. Muntah cendol lah korang tgk lepas ni. Padanmuka.taktau!

Bermula dengan gambar paling latest tahun ini. 1.1.2011.

Ape kau gelak2 tgk gmbr aku? taulaa dah lame aku tak hapdet.
Kau jgn nak ngate aku smbil kunyah sirih. aku nampak tau.


BYE! i love u

Thursday, November 11, 2010

Saya rendukan arwah (T.T)

Entri ini ditujukan khas untuk arwah.. :'( Ya Allah. betapa aku rendukan arwah....

Sila pasang lagu "Pergi Tak Kembali - Rabbani " .

Hamek mood nasyid.

Arwah pergi meninggalkan aku pada 22.10.2010.( Kenape kau tak tinggalkan aku 20.10.2010, cantik kot tarikh tuu, senang aku nak hengatt) T.T Its ok. Aku tetap sayangkan arwah.

Dulu, kami memang rapat, kemana aku pergi, arwah mesti nak ikot sekali. Memang manje betol..
Tapi, baru aku perasan, sejak2 sebelum kau pergi, kau senyap jee... dulu selalunya kau bising2.. merengek nak ikot aku gi mane je. tapi, kadang aku abaikan kau, cume bawak kau bila aku rase nak je.. baru aku sedar,, selfishnye akuu. =(
Kalau aku tak selfish, mesti kau tak merajuk dgn aku,, mesti kau tak tinggalkan aku.. pergi buat selamanyaaa..
Maafkan aku arwahh.. :'(
Memang betul orang kate, there's no turning back. takde gunaa dah.. mungkin antara kita, tiada jodoh.. mungkin,, kau lagik heppy di dalam kehidupan yang lain..
Aku harap, kau bahagia di sana.. Thanx selama ni,, kau ada bersama aku, suka dan dukaa..

I miss u so muchhhhh!
Arwah.. memang banyak berjasaaa. Dahla banyak function.. http://www.gsmarena.com/lg_kc910_renoir-2495.php cikidaut di sini..

Selama ni,, gambar2 kat blog untuk tatapan dan hiburan pembaca sekalian,, arwah laaa yang tangkapkan.. sob3. .
8Megapixel kottt. Iskkk T.T sumee tu tinggal kenangan..memang aku takde jodoh dgn bende2 berteknologi ni.. orang kampungg la katekan.. alergik dgn bende canggeh2.. wuu.

Korg mesti pending kan, apejadah aku bebel kt atas. Maafkan aku.
Arwah yang dimaksudkan adalah Handset aku. Ye handset. eh. perlu ke taip dua kali?

Hm. tempat kejadian kehilangan tu pun, kt tempat karox. mmg dimurkai abes. Huhu. Actly, aku tengah have fun dgn kawan2 aku, Only girls je.Biasalah tu, bila dah berjimba-jamba karox, mmg tak cool lah kalau tak snap pic smbil buat pose keji. tapi, mase tu, Hs LG aku pemalu pada malam kejadian. So, die mematikan diri beliau, berpura-pura takde bateri. Aku pn malas nak pujuk die suruh ade bateri. Aku pn guna la hs aku yang bermegapixel 2 aje. -.-" yee. toksah kau gelakkan.


Memperkenalkan. Dari kiri, Jimba dan Jamba.


Sorang lagi kawan jimba-jamba, Jemba.

Pastu, aku jadikan Hs LG aku mangse untuk jadik stand untuk hs aku satu lagik supaya tak jatuh. Harap kau dapat bayangan ape aku cube sampaikan. Pastu, snap punye snap, pose punye pose, keji pnye keji ..ehh, dah abes mase daaa. Next turn pnye orang dah terintai2 dari lua, hish, gelojoh betolll. Kami pon kelam kabot nak kuaaaa.

Hamek kau.


Jimba - jamba kalut paparazzi mengintai.

So, sekarang korang dah faham kan, nape aku dah lame tak update blog. Bukan ku tak sudi.
Awuuu T.T apakandayaaaaaaaa.
Ok dah. Tutup lagu Pergi Tak Kembali-Rabbani.
Dah ! nak sambung nanges kuar hengos kaler ijau.

BYE.




Psstttt. Kalau nak tengok arwah pernah berkhidmat dahulu, KELIK KELIK disini.


P/s: FYI, hs ni aku dapat FREEEEEEEE. dan free free jugak lah die babai kan aku. Thanx to my sis , Amani yang bagik free hs ni. Sorrrrry sgt. Aku tau, kau akan bace entri ni. takpon, kak uda bace n keypoh2 bagitau kau laju laju. Ahhh. Aku tak bermaksod.. Betul kata imi, kali ni mmg aku setuju dgn pendapat die.(kali ni je),,, mmg tiade rezeki.. Sekarang baru aku faham, and aku maafkan imi time die hilangkan Hs Samsung Jet die. Dah tak bebel dah. Sbb Aku pn same!

Saturday, October 9, 2010

Bila Si Jongang Beraksi di kala JamOpis.

SEE. Tajuk entry pon sudah suspen.

Haruslah kasik suspen sikit memandangkan sudah hampir sebulan I tak update belog.
Bukan hape, hari raye ni I banyak hari berpuase lah. Bila mulut berpuase, tangan pon sekali berpuase.

maafkan I wahai pembaca yg kacak dan jelita. anda memang sah kacak dan jelita kerana sabar menunggu entry I yang seterusnya. hiks. SUKELAH TUUU.

OK. Back to the topic. Eh, Jomlah terus tgk gambar.

Ni barisan ahli-ahli opis I . Perempuan belaka. Mungkin sebentar lagi keluar sifat kejantanan sebenar.

Ayuh. Mari kita saksikan.

Take One, Formal.

Ehem-ehem


Take two, kurang formal

Penyampaian konsep kurang jelas disitu ye

Take Three, ENOUGH lah lepas nih!

Budak buas show off sifat kejantanan dan struktur gigi yang outstanding.

AKHIRNYA. terjawab suda persoalan tajuk entry.

Yes, I si Jongang itu. Lately, I terase macam diri begitu jongang. Maaf sekiranya gelaran itu terlalu hiperbola atau bola-bola Api Nana. Tapi, I dont know WHYYYYYYY! argh.


Sape Rabun Malam, wajib KELIK ok.

Oh.Oklah. Abaikan mood kesedihan sebentar. Hari ini (tarikh bergambar) adalah hari jumaat dan merupakan hari terakhir HARI RAYA. Yay. Pendekkan cite, umah bos buat open house. So, TAK KEJE LAH! Yay.

Maka, before pergi umah bos, haruslah vogue the bas. AYUH.


touch up ala kadar . Gojes camne pon, kau tetap Miss Jong


Opis menjadi markas make-over.piuwett2

Abaikan panorama kurang menarik. barang sepah2 tu gimik gigih bekerja.


I pon tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam acara gilang gemilang ini. I telah dipilih menjadi AJK Bolos Saja Selendang Itu. (Pstt,I touch up supervisor I,nebes betollah)

acara memboloskan selendang ke dalam muke DIMULAKAN.


pantang saja candid. gigi terkeluar aje.


Next gambar mmg paling penting kena upload kt entry kali ni. Kalau tak, abes prestasi I untuk praktikal. tak dapat markah cemerlang kalau tak upload .

Akak2 Opis memang gigih bekerja tak kira di mana saja. dekat opis apatah lagi.TAKTIPU

To akak2 opis yang sdg kepoh membace, HAIIIII =) . kita mcm denga bunyik kain terkoyak2 lah akak, bunyi apetu? Akak denga jugak tak?

BHAHAHAHAAHAHAA.

Setelah selesai berhempas peluh dekat tuala, acara ditunggu2 telah tibe.
MAKANGGGGG =)

Sebelom makan, jom cikidaut berat. Tehee.

tong drum dah kena vakum

Menu di umah bos, mmg nak suruh staff balek bersama pakej percuma perot tong drum.
Ada : Laksam, Ketupat Rendang, Soto, Nasi Dagang, Sate, Koktel, Kek, Rojak, Buah-Buahan, dan tidak ketinggalan ada bla bla bla dan bla bla bla.

Tapi, ni je yang I makan. tadaaaaa

soto tanpa nasi (keji kan?) dan makanan cukup syarat memeriahkan suasana.

Bila perot kenyang, hati girang, lemak pon membesar dgn pesat.
Masih ada masa untuk merewang-rewang sekeliling umah bos. Mihahaha.

EH. Mane kak beal sembunyik? Ish TAK NAMPAKLAH. TAKNAMPAK! kan kan?


Cuba menolak buai sampai gigi terkeluar.



David Beckamiah berjumpa Ronaldiah



Asyik pose buas aje, nak pose muslimah lah pulak.


Yang muda, afdhal duduk di bawah. Sila baca lagi. MUDA ya.

Bila gigi dah kering akibat beraktiviti buas sane sini sampai lupa nak tutup mulut, inilah mase yg cocok untuk timbang semula. Suspender sungguh!


(Berat sebelum) - (Lemak makanan tadi + aktiviti buas )= Gambar di atas.


Mungkin makanan belom sempat jadik lemak lagik. Ok takpe takpe.
JOM sambung beraktiviti buas bersama akak opis tercinta.

Setelah penattttt,
Muka Bahagiaaa, (abaikan gigi yg outstanding itu) .Nak makaaaang second round!JOMJOM



KONKLUSINYAAA. It was sooooo fun! Thanx to akak2 opis yg sporting beraksi aktif bergambar sana sini. I LAP U lah!


Finally, I mengakhiri entry I ini dengan sekeping ucapan,

SELAMAT


HABIS RAYAAAAAAAAAAAAAAA =)


Posisi Terbaik melindungi gigi dari ter-expose


Segala salah dan silap I, harap di ampunkan .
tenkiuuuu.




p/s: HOI. mak cakap kalau cakap Jongang banyak kali, nanti Jongang betol2 kang. PADANMUKE.